TAJUK:
CAHAYA SEORANG MUALLAF
DISEDIAKAN UNTUK:
Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah CTU551
DISEDIAKAN OLEH:
Norhafizah Binti Jamaluddin
No Matrik : 2010841322
Kumpulan: ASB1Ag
PROGRAM:
Ijazah Sarjana Muda (Kepujian)
Kimai Gunaan
(AS 225)
CAHAYA SEORANG MUALLAF
DISEDIAKAN UNTUK:
Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah CTU551
DISEDIAKAN OLEH:
Norhafizah Binti Jamaluddin
No Matrik : 2010841322
Kumpulan: ASB1Ag
PROGRAM:
Ijazah Sarjana Muda (Kepujian)
Kimai Gunaan
(AS 225)
TARIKH HANTAR:
24 oktober 2010
1.Senarai Kandungan
| BIL. | PERKARA | HALAMAN |
| 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. | Isi kandungan Abstrak Pendahuluan Pengertian 4.1 Pengertian Agama 4.2 Pengertian Islam 4.3 Pengertian Muallaf Cahaya seorang Muallaf Renungan Penutup Bibliografi | |
2. Abstrak
Dalam prinsip penentuan pegangan agama atau akidah bagi mereka yang berada di luar Islam terbahagi kepada dua bahagian iaitu tiada paksaan dalam agama dan kebebasan dalam menganut agama masing-masing.
Surah Al-Baqarah ( Ayat 256 )
Maksudnya: Tiada paksaan dalam agama (Islam) kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan taghut dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan ( tali agama ) Yang utuh Yang tidak akan putus . Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
Muallaf merupakan saudara baru yang memerlukan bimbingan daripada orang yang lebih arif mengenai Islam itu sendiri. Peranan mereka dalam menyebarkan lagi Islam adalah sama penting seperti mana orang-orang Islam yang lain. Tanggungjawab dakwah adalah terletak kepada semua umat Islam. Tidak kira muallaf mahupun Islam sejak dilahirkan. Ianya juga bukan kerja khusus untuk golongan tertentu sahaja. Jika kita
beranggapan kerja dakwah terletak pada ustaz atau golongan ulamak sahaja, anggapan ini perlu di perbaiki dengan segera. Kerana itulah Nabi Muhammad s.a.w. bersabda " sampaikan apa yang kamu terima daripada ku walaupun ianya sedikit".
beranggapan kerja dakwah terletak pada ustaz atau golongan ulamak sahaja, anggapan ini perlu di perbaiki dengan segera. Kerana itulah Nabi Muhammad s.a.w. bersabda " sampaikan apa yang kamu terima daripada ku walaupun ianya sedikit".
Kata-kata ini lah yang di pegang oleh Sakinah walaupun beliau juga dalam proses mengenali Islam, ’Cahaya seorang Muallaf’.
3.Pendahuluan
Islam terus menerus memproses manusia menjadi insan kamil. Berpandukan dua peninggalan Rasulullah iaitu Al Quran dan As Sunnah manusia tidak akan sesat selama-lamanya walaupun dalam keadaan manusia menuju kesesatan.
Alhamdulillah,Bersyukur kehadrat Illahi atas sempurnanya kerja kursus yang di pertanggungjawabkan keatas saya. Tajuk yang di pilih ialah mengenai kehidupan seorang muallaf dalam mencari agama sebenar. Kisah ini diceritakan sejak awal pengislaman, tentangan-tentangan daripada keluarga, perubahan demi perubahan serta harapan saudara baru ini. Kisah benar ini boleh di jadikan teladan kepada kita tentang kesedaran hidup berpandukan Al Quran dan As Sunnah. Kita yang sememangnya beragama Islam mengapa masih ragu-ragu dalam menjalani kehidupan sedangkan saudara baru lebih jelas dengan keindahan Islam itu sendiri. Islam adalah agama yang lengkap.
Firman Alah SWT:
" ..jika kamu berselisih pendapat dalam sesuatu hal, kembalikah kepada Allah dan Rasul..".
Subhanallah, Sakinah yang telah diberi hidayah untuk memeluk agama Islam mengakui setelah mengkaji secara ilmiah Al Quran dan As Sunnah dan dengan fikiran terbuka akhirnya jalan kebenaran ditemui jua. Memilih Islam yang terbaik dari segala anutan yang lain, Islam malah sebagai ad deen, atau 'the way of life' yang tidak bolah disamakan dan dibandingkan dengan ajaran agama lain. Sabda Rasulullah "Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi darinya"
4.Pengertian
4.1 Pengertian Agama
Secara umumnya, agama bermaksud kepercayaan kepada Tuhan. Agama dinisbahkan sebagai Islam yang membawa erti kepercayaan kepada Tuhan (Allah) dan sifat-sifat serta kekuasaan-Nya, disertakan dengan penerimaan ajaran dan perintahnya. Pemeluk Islam yang mempunyai kepercayaan kepada Allah disebut sebagai mukmin. Islam dikategorikan sebagai agama langit dan bukan agama ciptaan manusia.
4.2 Pengertian Islam
Maksud Islam dari segi bahasa ialah nama kepada agama samawi (langit) yang diturunkan Allah melalui perantaraan wahyu kepada para nabi yang dilantik dari kalangan manusia untuk dijadikan pegangan hidup. Islam berasal dari perkataan Arab iaitu daripada kata kerja ‘salima’ yang bererti bersih dan sunyi dari sebarang kebinasaan zahir dan batin, perdamaian dan keamanan dan juga ketaatan dan kepatuhan.
Islam dari segi istilah pula kepatuhan, ketundukan, ketaatan dan penyerahan diri kepada Allah s.w.t, Tuhan semesta alam dengan penuh keikhlasan lahir daripada kesedaran diri dan bukan kerana terpaksa. Orang yang mentaatinya diberikan pahala sementara orang yang mengingkarinya dikenakan dosa.
FirmanAllahs.w.t :
Terjemahan: Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi.
( Surah Ali Imran: 85)
4.3 Pengertian Muallaf
'Muallaf' menbawa maksud orang yang cenderung hatinya untuk memeluk Islam.
Merujuk kepada firman Allah s.w.t dalam Surah Al-Taubah (Ayat 60) berkenaan dengan 8 asnaf yang layak menerima zakat, yang dimaksudkan dengan kalimah ' wal muallafati qulubuhum ' ialah dikhususkan kepada orang yang hatinya cenderung kepada Islam (muallaf) dan ingin memeluk Islam serta mula berjinak-jinak dengan Islam.
5.Cahaya Seorang Muallaf
Terasa sebak Priscilla ak Peter Kendong setelah selesai mengucapkan syahadah. Sejak itu,anak kelahiran Sabah ini menukar nama kepada Nur Sakinah Priscilla binti Abdullah sebagai tanda telah memeluk Islam. Nur Sakinah tidak pernah lupa tarikh keramat di mana akhirnya beliau berjaya menemui kehidupan sebenar. Pada 4 mei 2000, bertempat di Jabatan Agama Islam di Pulau Pinang,beliau berjaya mengucap syahadah bersaksikan 4 orang jawatankuasa yang bertugas di situ dan paling penting bersaksikan yang Maha Kuasa atas janji dan sumpah setia keranaNya.
Apabila di tanya punca utama Sakinah memeluk Islam. Sakinah mengakui bahawa kisahnya bukanlah unik dan sehebat orang lain yang mendapat mimpi atau berlaku peristiwa besar dalam hidup mereka. Katanya,dia mula berminat dan tergerak hati untuk mengenali Islam dengan lebih mendalam setelah melihat cara hidup Islam yang lengkap dan menyeluruh dari pelbagai sudut. Terutama dalam hak-hak wanita yang tidak dipandang enteng dalam Islam.
Surah Al-Nisa’ (Ayat : 58 )
Maksudnya: Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhannya) itu memberi pengajaran Yang sebaik-baik kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.
Keinginannya mula bercambah memandangkan ramai kenalannya dari golongan yang beragama Islam. Beliau juga mula berjinak-jinak dengan membaca buku-buku mengenai Islam dan cara hidup Islam. Ketika zaman persekolahan, Sakinah mengakui telah didedahkan mengenai Islam oleh ustaznya di sekolah dan yakin bahawa Islam merupakan agama pertama diturunkan. Pada tahun 1998, Sakinah berhijrah ke Pulau Pinang untuk mencari rezeki. Sejak menetap di Pulau Pinang, Sakinah dikatakan tidak pernah mengunjungi gereja, mungkin disebabkan sibuk dengan kerjanya. Minat yang mendalam terhadap Islam menyebabkan Sakinah yakin kepada Allah sebagai teras utama agar Allah mempermudahkan segala urusannya manakala Al-quran dan sunnah Rasulullah s.a.w sebagai teras pegangan dan petunjuk. Allah bagaikan mempermudahkan segala urusan Sakinah dalam mendalami agama Islam.
Surah Al-A’raaf (Ayat : 96)
Maksudnya: Dan (Tuhan berfirman lagi) sekiranya penduduk negeri itu, beriman dan bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) Yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasulullah kami), lalu Kami melimpahkan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.
Bertanya mengenai kehidupan sebelum mengenali Islam , Sakinah hanya tunduk sayu mengenangkan kehidupanya yang bagaikan tiada pegangan. Walaupun Sakinah bukanlah gadis yang liar, namun beliau merasakan hidupnya terumbang - ambing sehinggakan pernah suatu ketika beiau terfikir apakan kesudahan kehidupannya. Meskipun beliau diasuh dan diterapkan dengan pelbagai nilai murni oleh kedua ibubapanya, namun dia masih keliru dan tidak merasa puas walau pun melakukan berbagai kebaikan. Hal ini di akui sendiri oleh Sakinah yang sedih mengenangkan kisah hidupnya dahulu. Dia yang digambarkan sebagai seorang yang mudah terpengaruh menceritakan corak hidupnya yang bergaul bebas, mengunjungi pusat-pusat hiburan hingga ke lewat malam dan sebagainya.
Kehidupan amat berbeza setelah Sakinah menganuti agama Islam. Rezekinya di katakan melimpah ruah. Walaupun hanya Sakinah yang memeluk Islam, kesannya turut dirasai oleh keluarganya. Dulu mereka di ibaratkan ‘makan sekadar mampu, berpakaian sekadar ada’. Kini, abangnya dinaikkan pangkat, rezeki keluarga turut bertambah dan keluarga tampak lebih sempurna. Banyak lagi berita-berita gembira yang didengari yang mengambarkan kehidupannya lebih diberkati.
Surah Al-Mu’minun (Ayat: 1-2)
Maksudnya: Sesungguhnya berjayalah orang-orang Yang beriman, Iaitu mereka Yang khusyuk dalam sembahyangnya.
Keputusan Sakinah untuk memeluk Islam mendapat tentangan daripada ibu dan abangnya yang kurang bersetuju dengan tindakannya yang memilih Islam sebagai panduan hidup. Bapanya pula yang lebih bersikap terbuka tidak menghalang mahupun menggalakkan Sakinah memandangkan umur Sakinah telah mencecah lebih 18 tahun ketika itu. Sakinah masih mengingati kata-kata abangnya yang seolah-olah menghina Islam. Kononnya, kebanyakkan orang yang beragama Islam sekadar ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’. Islam juga dikatakan kolot dan tidak maju. Kata-kata abangnya itu di jadikan semangat untuk Sakinah meneruskan hidup dan beliau berazam untuk menbuktikan pada keluarganya bahawa Islam tidak seperti apa yang mereka fikirkan. Sakinah juga mengatakan bahawa beliau memeluk Islam bukan semata-mata mahu membuktikan kebenaran Islam kepada keluarganya, tetapi kepada semua yang masih mencari-cari jalan kehidupan sebenar.Oleh itu niat yang ikhlas kerana Allah S.W.T ini,telah menjadi inspirasi kepada beliau untuk terus memeluk agama Islam.
Pada awal kemasukannya, Sakinah mendapat bantuan dan bimbingan daripada seorang sahabatnya yang hanya berkerja sebagai ‘direct seling’ dan merupakan pasangan kepada seorang anggota polis. Katanya, beliau banyak membantu dalam menerangkan mengenai Islam jika terdapat sebarang kekeliruan terutama berkaitan wanita dan Islam. Nurul (bukan nama sebenar) yang merupakan kawan Sakinah sering menasihatinya agar lebih banyak bersabar apabila dalam mempelajari agama Islam. Katanyanya lagi penguasaan ilmu amat penting dalam apa jua bidang dan dengan ilmu juga lah manusia tidak dipandang hina.
Surah Mujadalah (Ayat 11)
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari tempat duduk kamu (untuk ornag lain ) maka lapangkanlah seboleh-bolehnya supaya Allah melapangkan (segala halnya) untuk kamu. Dan apabila diminta kamu bangun maka kamu bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang-orang Yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberikan ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu)_beberapa darjat. Dan (ingatlah), Allah Maha mendalam pengetahuan tentang apa Yang kamu lakukan.
Sakinah masih mengamalkan budaya-budaya cina dan adat-adat resam mereka yang tidak bercanggah dalam ajaran Islam. Pada musim perayaan kaum Cina, Sakinah turut merayakan bersama-sama keluarganya. ‘ Air dicingcang tidak akan putus’, pepatah ini memberi semangat kepadanya walaupun keislaman beliau kurang mendapat restu daripada keluarganya. Baginya, Islam tidak melarang kita untuk mengamalkan budaya bangsa mana pun asalkan ianya tidak bertentangan dengan hukum Islam. Demikian hebatnya Islam yang telah memurnikan apa sahaja budaya bangsa didunia menjadikan ianya sebagai budaya Islam yg di redhai oleh Allah S.W.T.
Firman Allah SWT dalam Surah Al Hujuraat (Ayat 13)
يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُم مِّن ذَكَرٍ وَأُنثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوباً وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ
Maksudnya : " Hai manusia, sesungguh Kami menciptakan kamu asalnya dari seorang laki-laki dan seorang perempuan, dan dijadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku, untuk saling mengenal antara satu sama lain, Sesungguhnya semulia-mulia kamu disisi Allah, adalah orang yang paling bertaqwa diantara kamu".
8.Renungan
1. Jangan berterusan memanggil orang yang baru memeluk Islam dengan panggilan ‘Muallaf’. Hanya sekali Allah menyebut di dalam Al Quran dalam Surah At Taubah dalam ayat berkaitan dengan asnaf zakat. Natijahnya saudara kita seolah dikelaskan dengan satu kelas yang tidak berganjak dari mula masuk Islam sampai ke mati. Keluarga saudara kita juga merasakan sesuatu penghinaan kepada anak-anak mereka.
2. Masuk Islam bukan masuk melayu. Awasilah lidah anda dari menyakitkan hati mereka berkenaan bangsa. Kita adalah satu agama dan satu bangsa.Bak kata pepatah melayu ” jangan kerana mulut badan binasa”
3. Bertanggung jawablah kepada saudara baru yang memeluk Islam, didiklah meraka supaya menjadi umat Islam yang terbaik dan menjadi contoh kepada yang lain, khususnya kepada keluarga mereka. Dedahkan dengan keindahan Islam yang mementingkan kasih sayang.Selain itu juga,curahkan kepada mereka nilai-nilai murni islam supaya mereka menjadi umat islam yang berjaya di dunia mahupun di akhirat kelak nanti.
2. Masuk Islam bukan masuk melayu. Awasilah lidah anda dari menyakitkan hati mereka berkenaan bangsa. Kita adalah satu agama dan satu bangsa.Bak kata pepatah melayu ” jangan kerana mulut badan binasa”
3. Bertanggung jawablah kepada saudara baru yang memeluk Islam, didiklah meraka supaya menjadi umat Islam yang terbaik dan menjadi contoh kepada yang lain, khususnya kepada keluarga mereka. Dedahkan dengan keindahan Islam yang mementingkan kasih sayang.Selain itu juga,curahkan kepada mereka nilai-nilai murni islam supaya mereka menjadi umat islam yang berjaya di dunia mahupun di akhirat kelak nanti.
7.Penutup
Intihanya, seorang insan yang memilih jalan Islam dengan maksud mengamalkan ajaran Islam, ertinya seperti melahirkan satu contoh yang terbaik untuk berdakwah di dalam islam.Dakwah kerana Allah inilah yang mengambarkan cantiknya Islam , ditambah pula dengan pendekatan dakwah yang disampaikan bagi menarik minat orang bukan islam untuk mengenali Islam dengan lebih dekat.
Persoalannya, melihat kepada majoriti orang melayu yang beragama Islam kini, terus terang dikatakan mugkin ramai orang yang bukan Islam tidak akan tertarik dengan ajaran Islam. Sedangkan yang sememangnya beragama Islam tidak mengamalkan Islam sepenuhnya, tanpa menyakini Hidayah itu adalah suatu kuasa Allah s.w.t yang diberikan kepada makhlukNya yang di kasihiNya dan menjadikan Al quran dan As sunnah sebagai pegangan.
Perlu diingatkan keadaannya umat Islam yang sering melakukan maksiat,di ibaratkan seperti sebiji gelas yang sangat kotor. Manakala agama Islam pula seperti air yang sangat jenih. Jika air tersebut dimasukkan kedalam gelas yang kotor itu, maka kehebatan Islam akan terlindung. Walaupun Islam tetap suci dan murni, telah diaibkan oleh pemeluknya. Disamping itu, kepada yang telah memeluk Islam, jagalah hati.
Surah Al-Kafirun (Ayat 6)
Maksudya: “bagi kamu agama kamu.dan bagiku ugamaku”
7.Bibliografi
Responsen : Nur Sakinah Priscilla binti Abdullah dan Keluarga
Kamus Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kamus Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Al-Quran, (2007). Lajnah Pentashih Mashaf Al-Quran KDN, Tafsir cetakkan Zafar Sdn. Bhd. Pengertian Al Quran 30 JuzukRazak,